Rabu, 17 Oktober 2012

Materi agama islam tentang Rujuk


Rujuk
Pengertian
Rujuk menurut bahasa artinya kembali (mengembalikan).Menurut bahasa Arab, kata ruju’ berasal dari kata raja’ a-yarji’ u-rujk’an yang berarti kembali, dan mengembalikan.
 Rujuk adalah mengembalikan istri yang telah ditalak pada pernikahan yang semula  sebelum diceraikan. Rujuk tidak memerlukan akad baru sebab akad yang lama belum terputus dan hanya meneruskanperkawinan yang lama.

Hukum Rujuk
Hukum rujuk asalnya mubah, artinya boleh rujuk, boleh tidak. hukum rujuk dapat diubah menjadi :
1. Wajib
:  Suami yang menceraikan salah seorang daripada istri-istrinya dan dia belum menyempurnakan  pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.
2. Haram  : Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut (membuat istri menjadi lebih menderita).
3. Makruh : Apabila dengan rujuk keadaan rumah tangga suami istri tersebut menjadi buruk.
4. Sunah : Sekiranya mendatangkan kebaikan.

Suami boleh merujuk isteri yang ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut: 1. Belum habis iddah
2. Isteri tidak diceraikan dengan talak tiga.
3. Talak itu setelah persetubuhan.
Rukun Rujuk
1. Suami yang merujuk
Syarat-syarat suami sah merujuk:
Berakal.
Baligh.
Dengan kemauan sendiri.
Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.
2. Isteri yang dirujuk.
Syarat isteri yang sah dirujuk:
Telah disetubuhi.
Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh.
Tidak bercerai dengan khuluk — tidak sah dirujuk isteri yang bercerai dengan khuluk.
Belum dijatuhkan talak tiga

3.  Ucapan yang menyatakan rujuk.
Syarat-syarat lafaz:
>> Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami “aku rujuk engkau” atau “aku kembalikan engkau kepada nikahku”.
>> Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik, misalnya kata suami “aku rujuk engkau jika engkau mau”. Rujuk itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mau.
>> Tidak terbatas waktu - seperti kata suami “aku rujuk engkau selama sebulan”.
>>  Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula. Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru.
Hikmat rujuk
a.       Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan   kerukunan rumah tangga.
b.       Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku perceraian.
c.        Dapat menimbulkan kesadaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal rumah tangga.

0 komentar:

Poskan Komentar

Template by:

Free Blog Templates